10.17.2012

teaser.....


10.03.2012

BELANGSUKAWA..........

Ya allah.Lama sungguh tak berupdate blog ini.kekangan masa dan keminatan menyebabkan blog ni terbiar.huhuhu.mcm2 hal yang telah terjadi sejak ibu naik kerja.pertama sekali adalah kehilangan CHE NA ayern yang tersayang pada 24 Jun 2012 yang lalu.


Kehilangan arwah memang membuatkan ayern dan ibu terasa.lebih-lebih lagi ayern yang che na jaga sejak berusia 1tahun.hingga saat ini ayern masih menyebut pasal che na.okla...tidak mahu lagi menambah sedih.sudah kententuan NYA CHE NA @ KAK INA @ZARINA kakak ibu di ambil ilahi kerana ternyata ia adalah yang terbaik utk nya.

Belangsukawa
ZARINA @CHE NA MOHD NAZIR



14 MAC 1970-24 Jun 2012

AL-FATIHAH
 
sesungguhnya kerinduan itu sering bertandang kerana kak ina adalah seorang kakak yang paling close dengan ibu selepas maklong imah.tambah sedih kak ina tak sempat pulang ke rumahya di kelantan sedari pegi menjaga ibu bersalin haritu.pulang sebagai jenazah... :(

5.20.2012

ayern is going to school

mungkin n3 ni agak berbunyi tak puas hati.saya cuma meminimakan ketidak puashatian saya sebagai seorang ibu yang 1'st nak hantar anak pegi taska atau tadika.
kisah bermula begini.che na a.k.a kakak saya zarina,mengasuh ayern sejak ayern berusia 1tahun 4bulan.dari ayern tak pandai berjalan sampai ayern dah masuk umur 3tahun 3bulan.hujung tahun 2011 tiba2 che na buat keputusan nak pindah kelantan kerana mengikut suami dia.so kelam kabut la ibu dan ayah mencari nurseri atau tadika nak letak ayern.dah la ayern jenis payah nak berkawan.tangan dia mudah melepuk kanak2 yg tidak dikenali.yerla,ayern di asuh oleh kakak saya yang anak hanya seorang,dahle dia sulung,masa baby pun pengasuh tuh anak sorang juga.serba serbi focus hanya pada dia.kami fikir mmg sudah masanya juga nak hantar ayern g school demi memberi kemahiran sosial kepada dia.

permulaan lagi saya dah hantar ayern g playschool alim kids yang hari sabtu dan 3 jam tuh.ini teacher ina dan saya mmg berterima kasih pada kak ina ni.byk juga la dia belajar di alimkids even sempat 1 modul je.
 
misi mghntr ayern ke schhool sekali day care berlaku dlm keadaan saya yg makin sarat preggy aidi masa tu.opkos target hntar january 2012.putrajaya tadika2 dan nurseri cepat penuh pndaftarannya.saya pilih putrajaya  sebab snang bwk ayern terus masa g kerja.terpengaruh dgn marketing dan duta tadika ini semasa open day.kami terus mendaftarkan ayern disini.even fee mahal,pada saya dan suami rezeki yg kami cari skrang ini untuk anak2.siapa tidak mahu yg terbaik utk anak2 even kita kena ikat perut.biarla orang lain nak kata apa.kami tahu urusan rumahtangga kami.kami pun jenis tak suka kaypoh dan nak org lain tau sgt hal kami sampai dalam2 sedangkan kami tak amik tau hal org lain sampai gitu juga.hihi.ibu ambik cuti seminggu nak hantar ayern.takut dia melalak tahap melampau.1st day hantar dan sampai hari ke 3,mmg la melalak,semua kat situ melalak,dahle situ tempat yg baru buka.so totally semua budak baru dan staff depa pun baru.

gambar kat bawah masa 1st day ambik dia.upah car.kopak juga duit smgu tuh,asal balik nak upah..huhu

setelah 2 bulan berlalu,mcm2 perkara yg buat kami tidak puas hati berlaku disini mengenai ayern.kami bukanlah mengharapkan ayern jadi bijak cerdik dan di beri focus 100% oleh tenaga pengajar disitu.tapi pelbagai tuduhan dan komen kepada ayern yg dibuat tanpa usul periksa dan menyalahkan pihak kami je buat kami bengang.disini saya shortlistkan perkara-perkaranya.malas nak stori panjang2 kang emo pulok.hihi

1)depa kata ayern hyperactive,sedangkan aunty yg jaga dia tu tak kata gitu.aunty yg jaga dia berhenti after 2 mgu kerja sebab ada masalah management.
2)sorok air kotak dan susu uht bekalan utk ayern sebab alasan susu tuh manis dan buat ayern terkinja2.bila saya kata ayern lapar lepas saya ambik dari sana.saya kata dia taknak makan makanan kat school.dia jawap itu kami tak boleh buat apa.sapa sanggup tgk anak dia berlapar sampai dari 8 pagi sampai pukul 6?
3)the big aunty cakap ayern tak g swimming masa kelas swimming tapi saya pelik baju mandi ayern basah.kalau tanya ayern dia mmg payah nak cerita apa2 balik dari school.

itu antaranya la byk lagi sebenarnya.kesimpulanya ayern tak heppi kat school tuh kecuali masa 2 week 1st yakni masa aunty zidan yg dah berhenti tuh jaga dia.ayern lebih kata terpaksa school sebab che na da balik kelantan.dia macam reda dgn keadaan...

lepas berbincang dgn ayah,kami decided cuti dlm pantang ayern tak payah g school.saya amik cuti awal 2minggu sebab nak genapkan tempoh hantar ayern ke school lama.biarlah we all rugi.tapi demi minda anak dan masa perkembangan dia kami berkorban.

survey punya survey 
kami pilih  

KRISTA PUTRAJAYA
this school dah lama ditubuhkan dan cikgu2 dia tak berubah.kebanyakannya semua dah berusia dan mempunyai byk pengalaman.
hope ayern is better at here.
ayern start school disini 2may ngam2 hari pertama ibu habis pantang.

19 may 2012 dia ada sport day.will be on another n3...
KRISTA PUTRAJAYA
new uniform and new bag

p/s even baru 1 week school,ayern bangun pagi xcited nak g school sebab ada teacher anie.diff masa kat school lama.balik tuh dalam kereta dia akan sembang apa dia buat kat school serba sikit.saya rasa gembira :)

5.03.2012

2nd ZR

bismillah..gila lama tak update blog.kekangan dan mood yang tidak keruan menjadikan blog ini diam bersepi.eceh.oklah,alhamdulillah ayern telah menjadi abg dan mendapat adik pada 19 MARCH 2012 yang lalu.Adik ZR selamat dilahirkan secara induce setelah ibu bermalam di Hospital Tungku Jaafar N9 dari 16 sehingga 19 March 2012.Sejarah paling lama ibu kena dok hospital.masa abg ayern 2 hari jo.oklah kita cite dilain n3.byk benda nak cite,summary nye

-cerita macamana pengalaman lahirkan Adik ZR
-cerita persekolahan abg ayern di bbim hingga bertukar ke krista
-cerita ibu yang dah tukar tempat kerja lagi.

semua nanti kita kupaskan erk.

dan akhir sekali memperkenalkan pertama kali di alam blog ini my 2nd ZR

ZULQARNAYN RUSHAIDI BIN MOHAMAD AZIZUL
((nama seorang raja) dan (yang cerdik))
3.05KG 52CM
5.59PM 19 MARCH 2012
HOSPITAL TUNKU JAAFAR NEGERI SEMBILAN



gambar masa 44 hari


                                            CINTA HATI DAN NYAWA ROCKY DAN JIJOE

12.29.2011

ibu @26week and persiapan @dik ZR

walaupun n0 2.persiapan mcm yg 1'st.hehe.kemaruk beli brg,kalau tak control lagi byk.rasa mcm tak sampai hati kalau totally guna yg abg ryan nya je.so beli juga baju baru.lagi kemaruk bila fashion baju masa ryan dah lain dari skrang.harusla updated koleksinya.
yg gadjet2 je ibu beli yg masa abg ryan ibu tak beli.hok lain mcm stroler bla2..semua guna abg ryan je.masih elok lagi ibu simpan di stor.
betol kata org,barang baby nih kemaruk.ada a few thing lagi yg nak di top-up.shoping kalini agak awal sebab tak larat.7 bulan nih pun dah sengal2 ubi.so dah ready nanti senang.tgal basuh2 dan double cek jo.
semoga semua urusan di permudahkan.amin.rezeki anak masing2.ada je barang untuk mereka.baik ryan ke @dik ZR ke.ibu dan ayah sayang kasih sama rata,2 2 nyawa kami :)


finally perot bola ibu masa g cameron.
cuba teka gender? :P

nota kaki~nak buat 4d scan tak buat2 lagi,insyallah hujung mgu nih.sebab b4 this bz ayah exam
 
Copyright © ZuLfAqAr RaYyAn a.k.a AYERN. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by Santhosh