3.22.2011

TANTRUMS!!!

minggu nih ayah dan ibu tak sehat,batol selsema.opah dah pegi rumah mak lang.jadi tinggal kami 3 beranak.ayern asik buat hal je.nakkkan perhatian.ibu dan ayah letih.


last2 dia TANTRUMS!!!
sgt menguji kesabaran ibu dan ayah yg memang tak sehat nih.
dia pujuk tak kena,dilayan dilepuk.
aduhaiiiiiiiiii

hilang sabar di buat nya.
bila dia tido
rasa bersalah sepanjang hari sebab marah dia.
ayern ayern
penawar pun dia.penguji pun dia.
ibu google cari cara menangani tantrums nih
jumpa dari blog nih

harap dapat memberi info kepada pembaca yg lain juga.


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Tantrums

apabila anak anda mengamuk-ngamuk tak tentu pasal..duduk salah bangun salah…bagi susu pun tak nak…apa anda buat…dia menangis meronta-ronta….

Ada kanak-kanak yang tantrums dan ada yang tidak pernah…
selalunya tantrums ini adalah salah satu cara kanak-kanak tersebut melepaskan perasaan marah, kecewa dan geram
Andaikata kita guna cara salah tangani tantrum ini anak kita akan mempergunakan tantrum untuk mendapatkan apa yang dia inginkan…
Kita boleh tangani tantrums dengan cara mengajar anak kita melepaskan perasaan dengan cara yang betul atau lebih ‘aman’

bagaimana kita menghadapinya?

Kalau anak anda sedang tantrums sila
1. Jangan denda/rotan/cubit dia
2. Jangan bagi dia apa yang dia nak…don’t reward..
3. Bertenang dan ignore akan behavior itu
4. Jangan bagi orang lain campur tangan..kalau kita kata tidak maka orang lain pun kena sama tidak dengan kita….tegas…

Anak yang sedang tantrums selalunya diluar kawalan, maka kita sebagai orang dewasa hendaklah mengawal diri dan tindakan kita, menghukum anak yang tantrums memburukkan lagi keadaan…stay calm….
Terangkan sebaiknya akan perihal bagaimana nak kawal perasaan…
“baby…baby tahu orang lain tak dapat pun main XYZ ni tapi baby boleh main..kesian orang lain..kalau baby aja asyik main …TUV takleh main..dia pun nak main juga!”

kalau tantrums di rumah
kalau anak anda buat perangai kat rumah..
Dengan tenang ‘tempatkan ‘ dia di kawasan yang selamat..bilik dia ke ruang lapang ka…yang tidak membahayakan dia..biar dia menangis sepuasnya..kalau rasa tak selamat tinggalkan dia sendirian…stay situ tapi jangan respond pada dia…buat-buat tak nampak ja…

Apabila dia dah calm down…slow talk dengan dia tentang perangai dia itu….

di public area..di luar rumah

kalau di public area anak buat perangai
ok…angkat dia bawa keluar daripada kawasan public..
ke kereta mungkin
dan letakkan dia kat seat dia..biar dia meraung sungguh-sungguh..tunggu dia stop…jangan respond..tunggu saja..biar dia lepaskan amarah dia..hahhaa
then kalau dia dah stop….slow talk ngan dia akan sikap dia itu..
then baru bawa dia ke tempat beraktiviti tadi..teruskan aktiviti anda…

tapi bukan selalu kita boleh escape dari khalayak ramai

contohnya

kalau dalam flight..kat kaunter cashier hypermarket…apa kita nak buat?

Buat derk!

serius…memang orang akan pandang kita tapi kita kena cool…buat muka selamba sahaja..

apabila dah ‘bebas’ dari khalayak ramai..tarbiah le anak anda..

serius saya memang ‘macho’ dalam bab tangani anak tantrum di khalayak ramai..saya bleh buat macam tak ada apa-apa berlaku……biar saja dia waaa..waaa.waaaa..

daddy dia ja suka gelabah hahahaa

lagi satu JANGAN sekali-kali marah anak yang tantrum di khalayk ramai..akan memalukan dia dan dia akan bertindak lebih dahsyat lagi…Mommy dan daddy yang kena cool…buat muka tembok!

ajar anak anda alternatif tantrum

bagi tahu dia..dia tantrums sebab dia marah, tention, stress, frustration..kan?

jadi lain kalau kalau dia marah minta dia cakap ‘saya marah’

anak saya kalau marah dia akan kata “baby sakit kat sini”(sambil tunjuk dada…dengan muka dah ala-ala nak meletop gitu…sakit hati maaaaaa

then kalau ada peluang dia akan wat gaya macam hulk hogan(eja?)

tepuk-tepuk ala-ala kingkong gitu…hahahaaaa

antara cara nak prevent tantrums

mommy..baby nak robot

mommy nak durian

nak roobot nak durian…

nah durian…nah robot

tak ade robot!

tak ada durian

so on so on…minta apa yang dia tak mampu nak bagi kat kita..so that dia tau apa yang dia nak tak semestinya dia boleh dapat….

kalau daddy dia…daddy selalu minta dia bagi duit..

baby nak robot…

bagi duit nanti daddy beli

baby tak de duit!

tak de duit tak yah beli la

nanti baby ada duit baby boleh beli?

ya ada duit boleh beli..

duit baby?

ya duit baby..

duit daddy?

duit daddy nak isi minyak kereta…



2 comments:

Marsha said...

tulah kan, bila diorg tido baru le rasa bersalah tak hingat donia punye.. :)

Anonymous said...

tuh la kan..
baru tahu tuh terms TANTRUMS

thanks for sharing yer

 
Copyright © ZuLfAqAr RaYyAn a.k.a AYERN. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by Santhosh