9.27.2011

CERITA @dik ZR

memandangkan masa kewujudan blog ini dulu ayern telah lahir.maka ibu nak coretkan cerita ceriti pasal @adik ZR sepanjang ibu preggy kan dia.


alhamdulillah, sepanjang preggykan @dik ZR nih.ibu takle muntah hijau kuning mcm abg ayern dulu.cuma ibu mengalami masalah sakit pinggang,badan dan paling pelik SAKIT PEMALAS!hehehe
serba serbi malas.masak malas.kemas rumah malas.lipat kain malas.basuh baju pun malas?semua tugas ini diambil alih oleh ayah ayern yang gagah perkasa.kesian ayah....tapi ayah merungut juga dia kata kalau @dik ZR GURL?abg taknak anak pompuan abg pemalas.huhuhuhu.takperla abg,nanti saya cuba rajin2 kan diri.beza sgt masa preggy abg ayern.ibu sgt rajin.:) sebab tuh abg ayern rajin.tapi insyallah,@dik ZR nanti pon rajin juga mcm abg ayern kan? :)

memandangkan juga kalini ibu sgt tidak selera nak minum susu.maka ibu kena telan 2 pill kalsium utk elak sakit2 badan.teori ibu juga,kalsium hasil makan ikan bilis sejak umur ibu 6 tahun dulu telah diserap oleh abg ayern yang GAGAH PERKASA.sebab tuh kalau abg ayern melepuk..perhhhhhhhhhhhhhhhhh mcm kudrat org 8 tahun.siap dr kata awak bagi makan apa nih?huhuhu.takperla.abg long kena kuat nak jaga adik-adik dan ibu.

so demi kesihatan bersama hari2 ibu telah ubat2 ini.dgn paksa diri sebab besar2 belaka.





9.16.2011

sambutan...

semenjak nak jadi abang nih.ayern kuat meragam.itu lumrah kata orang bila budak nak beradik.so ibu dan ayah mmg kena bersabar tahap gaban.yerla selama nih dia la manja mumum ayah dan ibu.
bila orang kata "ayern nak jadi abang ye?" ayern buat muka toya.hehehe.
tapi ibu ada juga ajar dia sayang bb dlm perot.bila dengan ibu dia cium je perot ibu.
dgn ayah?jgn harap.dia manja ayah skrang nih.
ada ayah mengada tahap gaban.dgn ibu dia patuh sikit.mak garang.:)
dibawah adalah gambar semasa malam harijadi dia.dia nak ayam,ibu takle goreng semasa dirumah sebab nak bawak dia makan kat nasi ayam giant kinrara yg sedap tuh.sini fav nasi ayam dia.kalau ciken chop kat food court JJ s2.dalam keta last2 terlena.
tuh yang mengamok sakan kat fodcourt.sabar je,sib baik bday boy!
:)





nih masa makan satay last ahad
rambut tuh compang campeng sebab payah nau nak potong rambut dia.ajak g kedai sampai kedai gunting rambut,mengamok macam kena pukul.last2 ibu beli mesin potong rambut tuh.rm50 juga.
pegang dengan tenaga JANTAN ayah pon berpeloh jantan.ZAP...ZAP...ibu taram je.
janji pendek,sebab last jumaat dia dah macam nak demam.,ayern kalau demam kami mmg risau tahap dewa.yerla rambut dah panjang sangat.dia laks jenis badan cepat berkuap.huhu.
tunggu ayern buja ng la bela rambut panjang sendiri ya!



akhir dikata sebab ada yang tak perasan ayern dah nak jadi abang
tada.
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
2nd ZR.insyallah due 17 MArch 2012.


setakat nih semua alhamdulillah.sempurna dan sehat.doakan adik ayern nih ya... :)

9.14.2011

HEPPI BDAY!

SELAMAT HARI JADI YANG KE 3 TAHUN ANAK MANJA AYAH DAN IBU!

SEMOGA AYERN AKAN JADI ABANG YANG BIJAK,SOLEH DAN SEGALA SIFAT YANG TERPUJI.
AYERN TETAP MANJA IBU DAN AYAH SELAMANYA..........

*tengah berkira2 nak buat makan2 mcm selalu tak.sebab ibu tak larat preggy kalini.malas ke dapur.chef pulak kena kerja hujung minggu ni

9.12.2011

Raya 2011

Raya tahun nih kurang meriah sebab mlm je nak ber jalan ayern tido.sebab siang dia leka main.pastu dia peram kumbahan sebab taknak minum air masak.ibu pun sengal2 ubi sebab tak jaga pemakanan masa raya.so layan gambar jerla ya...

















9.05.2011

SALAM AIDILFITRI 1432H

dari kami sekeluarga.



**kami beraya di n9 dan taiping cuti untill 5 september 2011



 
Copyright © ZuLfAqAr RaYyAn a.k.a AYERN. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by Santhosh